Alibaba Lancarkan Program “LiveNow” – Bantu Lahirkan Lebih Ramai Pemangkin Media Sosial Berbakat

98
4 at omgloh.com

Alibaba Group telah melancarkan program LiveNOW KOL Live Streaming, iaitu salah satu inisiatif dalam membantu lebih ramai untuk menempa kejayaan melalui strim secara langsung. Program berbentuk latihan ini akan berlangsung bermula 3 September – 4 Oktober kelak di tiga negeri Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak.

Program ini turut mendapat kerjasama serta sokongan daripada pelbagai pihak termasuk MODEN Academy, agensi kerajaan negeri serta pertubuhan di Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak. Difahamkan, program ini akan melatih lebih 200 orang peserta terpilih dari seluruh Malaysia, sekaligus membantu mereka mencari peluang baharu untuk berjaya dalam bidang e-dagang menerusi penstriman secara langsung.

Selain daripada kemahiran teknikal, pada masa sama program ini turut bantu meningkatkan kemahiran interaksi individu bagi membolehkan peserta berinteraksi dengan lebih efektif bersama persembahan idea yang kreatif. Lebih menarik, program ini juga dapat membuka peluang kepada peserta terlibat untuk membuat rancangan strim secara langsung menerusi pelbagai platform terkemuka seperti Tabao Malaysia, Lazada Malaysia dan banyak lagi.

Daftar di sini: https://modenkol.com/campaign-detail/others/127

Sumber: Amanz